ISKANDAR PUTERI: Anggota polis trafik yang didakwa bergaduh dan memukul pemandu treler dalam kejadian pergaduhan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini semalam dipercayai hanya mahu mempertahankan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata, anggota tersebut sudah membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota itu sedang menjalankan tugas pemantauan lalu lintas di KSAB.
"Anggota polis trafik itu mendapati treler yang dipandu seorang lelaki berada di lorong kanan yang sepatutnya dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja.
"Pemandu treler itu enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan, malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat, bertindak membuka pintu dan terus menumbuk muka anggota trafik sebanyak dua kali, sebelum menendang motosikalnya.
"Berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan anggota trafik berkenaan cuba mempertahankan dirinya daripada pemandu terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Rahmat berkata, pemandu berumur 48 tahun itu telah ditahan pada hari sama, kira-kira jam 1 petang, di tempat kejadian.
"Satu kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya hari ini," katanya.
Semalam, terdapat satu video berdurasi 50 saat dimuat naik seorang pengguna TikTok di aplikasi itu memaparkan seorang pemandu treler yang mendakwa dipukul seorang anggota polis.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Oct 18 2022
Semalam, satu video berdurasi 50 saat dimuat naik seorang pengguna TikTok, memaparkan seorang pemandu treler yang mendakwa dipukul anggota polis.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Bukit Aman siasat video tular pelancong diminta bayar saman RM100
Mohd Azman turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.
Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan - JSPT
Ia sebagai langkah proaktif JSPT Bukit Aman bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah.
Anggota polis kacak sedang bertugas tular di Thailand
Segelintir wanita dilihat melakukan komen 'nakal' meminta pegawai tersebut menjadi teman mereka.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Padah fitnah polis trafik, lelaki direman
Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis trafik itu, suspek bertindak memuat naik video yang mempunyai unsur provokasi dan fitnah.
Anggota polis trafik cedera motosikal berlanggar dengan kereta
Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta Proton X70 di KM8.9 Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam-Klang di sini hari ini.
Polis siasat individu muat naik video cemar imej PDRM
Polis sedang menyiasat satu video berunsur fitnah terhadap seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan lalu lintas di Petaling Jaya yang tular.
Gaduh di KSAB: 'Polis trafik hanya pertahan diri'
Pemandu treler berumur 48 tahun itu ditahan pada hari sama, kira-kira jam 1 petang, di tempat kejadian.